Perpecahan Dan Upaya Penyatuan Kembali Rumpun Melayu

Tokoh politik Malaysia terkenal yang pernah menjadi Menteri Malaysia asal berdari Pulau Kelapa ialah Railey Jaffery dari Sabah. Tahun  1970 baru ada kategori “Melayu”. “Melayu Sabah” dalam tidak saja dibedakan dengan Peribumi lain (yang besarnya: Kedazan, Murut dan Bajau) tetapi juga dibedakan dengan Indonesia, Orang Asli Sarawak, Orang Asli Philippina/Filipina, dan Orang Pulau Kelapa/Cocos (yang disamakan kategorinya dengan kumpulan orang India, Asia, Serani (campuran Asia dan Eropah, atau ringkasnya Eurasia), Eropah dan lain-lain (semua dikelaskan sebagai “Lain-Lain”).
foto:pahamahap

Dalam 1980 kaum Pribumi Sabah berubah lagi (ke arah yang lebih tepat): Kadazan-Dusun, Murut, Bajau, Melayu, Indonesia, Natif lain (Lotud, Rangus, Tambanuo, Dumpas, Maragang, Paitan, Idahan, Minokok, Rumanau, Mangka’ak, Sulu, Orang Sungai, Brunei, Kadayan, Bisaya, Tidong, Asli Cina (campuran China dgn natif Sabah), Orang Asli Sarawak, Orang Pulau Kelapa/Cocos, Orang Asli Philippina, Lain-Lain).

Perihal Pribumi Serawak, makalah James Ritchie (1993), Sarawak ada lebih daripada 20 suku kaum Pribumi-nya (termasuk “Melayu”) yang menduduki  hampir 70%  penduduk Sarawak. Peribumi mayoritas ialah Iban (Dayak Laut), Melayu Sarawak, Bidayuh (Dayak Darat), Melanau, Orang Ulu (termasuk Orang Bukit, Lun Bawang atau Murut; ada 20 sub-kaum-nya), dan Kelabit. “Melayu Sarawak” ada sekitar 20% dan diam di pesisir pantai.

Mereka ini sebenarnya berketurunan Brunei, Kacukan Arab (Sayid dan Shariff), Melanau, Iban, Bidayuh, Orang Ulu (Seru, Beliun, Siteng, Narom, Segan, Preban, Miri, dan Dale) dan Cina. Kelemahan “Melayu” di Sabah dan Sarawak sama seperti lemahnya “Melayu Berperlembagaan” dan “Melayu” di Singapura segi struktur mantiknya dan yang lebih parah lagi tidak memberi hasil “Melayu” yang sama.

Namun sejak kemasukan UMNO (Partai “Melayu Semenanjung”) ke Sabah, konsep Melayu yang menonjolkan rumpun Melayu yang berasaskan etnografi itu . Ini boleh dianggap satu perkembangan yang positif.

Satu lagi cara ke arah perkembangan positif kepada kesedaran wujudnya “rumpun Melayu” ialah dengan membahagikan Melayu, Bumiputera dan Peribumi Malaysia kepada Melayu-Islam dan Melayu-bukan-Islam sahaja dalam banci dan laporan-laporan rasmi seperti yang telah dilakukan oleh Bala (2005).

Mengikut Bala ini, Melayu-Islam di Sabah umpamanya ialah suku kaum Sabah yang sekarang diistilahkan Melayu itu (yang perlu dihapuskan), Bajau, Banjar, Bisaya, Brunei, Bugis, Cocos, Idahan, Illanum, Kadayan, Orang Sungai, Suluk, dan Tidong; manakala Melayu-bukan-Islam Sabah ialah Dumpas, Kadazan(-Dusun?), Kwijau, Lotud, Mangka’ak, Maragang, Minokok, Murut, Paitan, Pusum, Rumanau, Sino-Filipina, dan Tambanuo.

 Melayu-Islam Sarawak pula ialah Kedayan, “Melayu” sekarang (perlu dihapuskan), Bisaya (segelintir), Kedayan, Melanau (segelintir); manakala Melayu-bukan-Islam ialah Bidayuh, Bisayas, Bukitan, Dusun, Iban, Kayan, Kejaman, Kelabit, Kenyah, Lahanan, Lekit, Lisua, Lugau, Lun Bawang, Murut, Penan, Punan, Sian, Tagal, Tanjong-Kanawit, dan Tabun. Senarai ini tentunya perlu dikemas-kini dari masa ke masa. Dalam hal takrif Melayu di Malaysia ini Semananjung Malaysia (SM) sendiri boleh menjadi model yang terbaik kerana Melayu di SM hampir semuanya berketurunan (ramai hanya generasi kedua sahaja) datang dari suku kaum Indonesia (terutamanya Jawa, Bugis, Minangkabau, Batak, Brunei, Acih, dan Banjar), Patani, Campa, dan Orang Asli, campuran Arab-“Melayu” (melahirkan Syaikh dan Syarifah), India-Melayu (Mamak), dan sebagainya. Ramailah orang Melayu SM itu yang dalam surat beranak masing-masing tercatat: bapa dan emaknya “Jawa” tetapi dia sendiri tercatat “Melayu”!

“Melayu” mengikut Ensiklopedia Sejarah dan Kebudayaan Melayu (1995: 1503) ialah “Sebagai nama khas, kelompok suku bangsa ini mendiami wilayah-wilayah Semenanjung Tanah Melayu, Singapura, selatan Thailand, pesisir timur Pulau Sumatera, pesisir Pulau Borneo dan wilayah-wilayah lain di Kepulauan Melayu (Nusantara) serta kawasan penghijrahan mereka seluruh dunia. Mereka adalah penutur teras bahasa Melayu. Sebagai kelompok am, bangsa Melayu terdiri daripada suku bangsa yang juga menjadi penutur bahasa Melayu dan bahasa-bahasa rumpun Melayu. Mereka terdiri daripada semua suku bangsa di seluruh Alam Melayu – dari Filipina hingga ke Irian, Sumatera dan Kemboja. Dalam pengertian yang lebih luas, Melayu merangkumi semua penutur bahasa Melayu dalam kelompok bahasa Melayu-Polinesia”.

Jelas para ahli politiklah yang bertanggungjawab mewarnai makna Melayu yang sempit, tidak mantik dan tidak tekal dengan kefahaman ilmuwan, walaupun “ilmuwan ikhtisas” (=”ilmuwan upahan”) juga ada sedikit sumbangan negatifnya. Umpamanya, takrif Melayu mengikut ensiklopedia itu juga nampaknya masih meninggalkan atau tertinggal memasukkan/menyatakan Vietnam dan Kemboja (amat penting), Madagaskar dan Taiwan sebagai sebahagian daripada Alam Melayu (walaupun sudah terdampar atau hancur luluh).

Hal sempitnya persepsi orang Malaysia terhadap makna “Melayu” kerana terindoktrinasi dengan “Melayu Berperlembagaan” itu semakin mengakar kejap kerana adanya semacam dasar pendidikan sejarah PTM, dan Malaysia kemudiannya, bahwa “tamadun Melayu” yang patut diketengahkan sebagai kurikulum sekolah dan seterusnya menjadi asas pembinaan negara-bangsa, nasionalisme atau patriotisme Melayu, PTM dan Malaysia hanya bermula dari zaman Kesultanan Melaka (mulai sekitar 1400M) sahaja.

Ini sering pula diperkukuhkan lagi oleh pandangan dan sikap berlebih-lebih beberapa orang sarjana Melayu (PTM atau Malaysia kemudiannya) terutamanya menerusi sejarawannya yang terkenal, Zainal ‘Abidin Wahid, dan sarjana falsafah Islam dan kesusasteraan Melayu yang mungkin lebih terkenal lagi, Syed Muhammad Naquib Al-Attas, yang kedua-duanya cukup berpengaruh itu. Tulisan-tulisan dan syarahan-syarahan mereka ini memberi implikasi yang tegas dan meyakinkan ramai pihak (kerana tiadanya maklumat alternatif) bahawa “tamadun Melayu” yang perlu dibanggakan hanya wujud sejak Melayu menjadi Islam sahaja, iaitu bagi Malaysia ini sejak Kesultanan Melaka sahaja dan sekaligus mewajarkan tepatnya takrif “Melayu Berperlembagaan” itu. Landasan pendidikan sebegini memang telah berjaya menjadikan herotnya persepsi rakyat Malaysia, khususnya Melayu Malaysia, terhadap “tamadun Melayu”.

Pertamanya, mereka berpersepsi barunya “tamadun Melayu” ini (sekitar 600 tahun sahaja) dan oleh itu tidak hairanlah jika mereka berpendirian tiadalah berbaloinya (selain daripada untuk lulus peperiksaan awam) mengetahui “tamadun Melayu” ini berbanding dengan tamadun-tamadun lain terutamanya tamadun Barat yang dipersepsinya jauh lebih lama daripada “tamadun Melayu”. Keduanya, dengan barunya usia “tamadun Melayu” itu, maka tidak hairanlah mereka pun perpersepsi mundurnya Melayu ini sejak mula asalnya lagi dan munasabahlah tiadanya warisan ilmu dari “tamadun Melayu” sebelum abad ke-15M yang patut diketahui apatah lagi dibanggakan.

Tidak heran  patriotisme di kalangan rakyat Malaysia tidak kental dan dikatakan semakin luntur itu! Imbauan kehebatan Barat dalam segala aspek kehidupan dan sejarah tamadunnya yang akhir-akhir ini secara tidak langsungnya dilakukan oleh kerajaan Malaysia sendiri, semakin menjadikan tamadun Melayu tertimbus atau terdampar saja! Oleh itu, dalam usaha memperbaiki sedikit keadaan ini, secebis riwayat tamadun rumpun Melayu yang lebih menghayati sejarahnya yang sebenar dipaparkan terlebih dahulu.

Pengetahuan sejarah ini juga perlu bagi memahami ilmu rumpun Melayu, khsususnya ilmu kepemimpinan dan kepengurusan mereka yang dipaparkan di sini kerana ilmu itu ditonjolkan di sini dengan tekalnya wujud berabad-abad lamanya sebelum kedatangan Islam ke Alam Melayu ini lagi.


Oleh : Shaharir Mohamad Zain
Sumber : http://www.kesturi.net/archives/366

Post a Comment

Lebih baru Lebih lama